Tuesday, September 14, 2010

petang raya ke-empat

salam semua.. cemn raya kali ni? harap semua ok dan sederhana. hm, raya ke-4 baru2 ni, saya bersama teman saya, gee carmen beraya ke rumah rakan sekerja, kak yun. umah dia takdela jauh pun kan. kat gombak je. dia adalah rakan kerja, orang lama la kan di utusan tu. bukan buat open house pun tapi raya kan..so, raya pun masih terasa lagi. so, saya pun beraya la. kira tahun ni la baru saya rasa beraya umah rakan sekerja. kalu tak balik kampung pastu keje..huhu. 

saya datang umah kak yun dalam pukul 1.30 petang. saya sampai pastu saya call kak yun so dia pun amik saya di LRT taman melati. ikutkan anak kak yun nak amik saya ngan moto baru anak dia tu kan si imran. tapi si abang nye plak tak kasi coz dia baru lesen L. tapi bagus gak tak amik ngan moto kot2 ade road block kan. kang saya pulak kene tuka bawak moto imran. hehehe. 

inilah hidangan yang kak yun sediakan. nyum2!
tak sabar nak makan. pape, amik gambo dulu!
bila dah sampai umah kak yun, saya di hidangkan makanan masakan kak yun nasi ngan lauk ikan sepat n terung cili hijau, sayur kobis masak putih n yang penting rendang minang tu..hehe. rasa lebih kurang je macam mak saya buat. pastu ade spegeti jugak. ape lagi..perut pun dah lapar saya pun bedal la dulu tanpa tunggu gee carmen. ekeke! tak pe, saya tak kisah makan bape kali haha! saya sambung la makan spegeti nanti ngan gee. hehe..

tak lama tu, gee puan datang. dia tak makan nasi tapi makan spegeti je. dah makan nasi kat umah katenye.. saya pun makan spegeti pulak ngan dia. "senyum2 je dapat makan kude2 nih!," kate gee pada saya. yela. kita mestila enjoy makan kan? agaga! lepas tu kami pun ape lagi kan. dah abis makan aktiviti yang biasa kami buat berfoto2!! hahah! abihla umah kak yun jadi mangsa setiap sudut. ekeke! anak kak yun sure gelak kat kitaorg coz buat umah dia macam umah sendiri. tak peduli dah. tapi, yang jadi bahan kitaorg gambar siti nurhaliza yang kak yun besarkan di tepi meja makan dia. tak dapat bergambar ngan siti, amik dari gamba kak yun tu pun tak pe la kan..huhu. lepas amik gambar, gee pegi keje dulu coz dia masuk dulu. saya pulak pegi ngan kak yun lepas solat asar. so, lepak kejap sementara tunggu azan. apepun kak yun, terima kasih ngan hidangan raya walaupun simple tetap sedap. rasa nak tapau tapi segan nak mintak. huhu. lepas ni saya datang lagi ye umah kak yun. best umah kak yun saya suka coz ala2 tomei2 gitu. bak kate gee, umah macam snow white ngan 7 org kerdil. alalaaa!! ekeke! betul ke ape yang i cakap ni kade? tul ka? agaga! so, tengok hasil bergambar kitaorg ni.

yang belah kiri tu anak sulung kak yun, iwan namanye. eceh2! control henskem pulak mamat tu. hihi
elelee..kira dah abih shomel la tu ye kude2 ngan langsir tu? agaga!
tu dia blakang tu gambar kak yun dan siti nurhaliza

minat gakla saya pada siti

okla. tu la saja cite saya kali ni. lepas ni kalu ade lagi saya cite ye. ok kengkawan. bubbai!


Sunday, September 12, 2010

pagi raya aidilfitri



potret family saya 

salam aidilfitri. raya jumaat lepas walaupun sederhana tapi meriah kerana semua adik-beradik saya pulang berhari raya walaupn adik yg no.2 tu kene balik KL pagi raya tu coz kerja. so, sempatla jugak amik potret keluarga sekejap. 

gambar di atas tu, saya kenalkan family saya ye. dari kiri belakang pakai baju polis tu nama dia you hendra, adik saya yang no.2. keje kat KLIA sebagai polis bantuan. dia ni nampak memang garang tapi hati baik n serius orangnya. dah macam dia pulak abang pada saya. huh! yang tengah tu adik saya no. 4, hady imran namanye. masih bersekolah ambil jurusan elektrik. minat katanye..dia ni memang suka hilang. hilang bukan pe g cc (ciber cafe) main game. dah pandai facebook jugak tu..hmm. yang kanan sekali tu, nazria maisal. kira antara yang henskem skitla dari adik2 laki. huhu..prasan la tu. haha! dia ni keje kat produa. bahagian pasang kete. so, leh la dapat diskaun kalu nk beli kete tapi yang jenama produa jela ye..heheh. yang depan duk sebelah saya tu paling bongsu, mimie yuliany namanya. baru darjah 4. besa plak tu dari saya..haha! manja, malas ye jugak n ngade2 ni budak nii!! hmmpp!!


pagi raya tu memang ramai datang beraya. tapi yang saya tak tahan tu, budak2 sekarang dah lain. tak macam dulu datang sure makan kuih raya duduk jap minum. tapi tahun ni memang lain. yang saya takleh terima tu siap cakap pe tau..'takpela kak, tak mau makan n minum, kami nak cepat ni'. siap tunggu depan pintu tu just nak duit raya..adooii. tapi takpela kan tak kisahla. tapi yang takleh terima tu budak kecik adela dalam umur 7@10 tahun yang cakap camtu..hmm. lain sangat. tapi memang lain la..


hm, selain budak2 yang datang beraya, jiran2 saya pun datang. diorang mesti datang coz nak makan nasi impit n kuah gulai mak saya ni. memang tiap2 tahun dorang mesti makan. tak lengkap la kata dorang kalu tak makan. huhuh..kalu macamni, saya betul2 kena blajar masakan mak saya yang wajib untuk hari raya..

inilah nasi impit n kuah gulai yang disukai ramai.. nyum2!
dah lewat petang barula saya n family kua berhari raya ke rumah jiran n family terdekat. sempatla amik gamba lagi..so kawan2 tengokla ye..


ni adik saya, hady. tengokla rambut raya..katenye..

yang ni adik saya yang bongsu, mimie yuliany. muuaahh!!


aloloo..suke mimie dapat bergambo..hehe
okla. tula cite raya saya takat ni k. nanti update lain. selamat hari raya! bubbai!


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

 
Syawal menjelma kembali
semoga syawal pada tahun ini
akan memberi keberkatan pada kita semua
dan di kesempatan ini juga, saya mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

foto raya Kosmo!



warga grafik Kosmo! 2010 Best!
hmm, berfoto lagi tahun ni staff Kosmo! memang meriah dan ramai yang sporting mengenakan baju raya masing2. semuanya segak dan cun2 belaka jugak warga Kosmo! ni kan? tapi yang tetap best bahagian grafik! hehehe.. kami dah macam adik-beradik je. (cewah!) gamba2 semuanya menjadi! hahah! klaka pn ade jugak tengok gelagat kawan2 semua berposing! gambar2 ni semua adalah untuk keluaran raya. so, pe lagi, let's pose!! haha! Semoga Kosmo! akan terus maju dan menjadi akhbar no. 1 Negara! yeay!