Thursday, March 24, 2011

awak saya sayang

awak
satu panggilan untuk seseorang

ini mungkin panggilan permulaan

permulaan untuk lebih mengenali hati masing-masing

saya

ya, mesra jugak dipanggil diri begitu

walaupun biasa tapi cukup untuk membahagiakan hati

pengubat dan melembutkan hati kala terasa sakit


sayang
panggilan peringkat kedua, mungkin

panggilan ini adalah selepas beberapa lama kenal

sudah tau hati masing-masing macam mana

kata orang boleh terima pendapat,

kekurangan dan kelebihan diri

masa ini sudah banyak perkara dibualkan

boleh bawa berbincang ke tengah, ke tepi


jadi
apapun panggilan yang kalian rasa selesa

semuanya terletak pada hati kita

dari hati yang ikhlas kita rasa

dihormati, disayangi, dicintai dan dihargai

semuanya bergantung pada setiap hubungan yang tulus


saya
sekarang ini saya mengalami panggilan begini
sudah lama rasanya tak rasa begini

rasa dihormati, disayangi, dicintai dan dihargai

walau apapun saya masih dalam mengenali hati budi

dalam keadaan berhati-hati juga


awak,
saya tahu awak memang baik
terhadap saya buat masa sekarang

sentiasa ambil berat atau tahu pasal saya

terima kasih kerana sudi mengenali diri seadanya

tapi, apapun saya harap
awak sentiasa sabar dan faham
akan saya
kerana apapun yang saya lakukan terhadap awak
buat masa sekarang atau akan datang

saya ikhlas melakukannya.. tak minta untuk dibalas

saya lakukan mengikut gerak hati saya
kalau awak tak suka, tolong ingatkan saya

supaya saya boleh perbaiki

perbaiki ke arah kebaikan

doakan hubungan ini akan lancar dan baik-baik saja

semoga Tuhan mengizinkan hubungan ini..Insya Allah


note: Kita hanya insan yang selalu mengharapkan.. suatu yang indah dalam percintaan dan Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku, apa adanya..


Tuesday, March 15, 2011

yusry dan anuar zain

masa ditemuramah

me with yusry

ini yusry. saya memang minat dia dari zaman sekolah dulu. yusry adalah salah seorang yang saya suka@minat dari group trio KRU, norman, yusry dan edry. tiga adik-beradik ni memang saya minat. kawan-kawan sekolah saya pun tau saya punyala berebut nak beli poster ke, kaset ke kan. ape lagi, duit poket la yang saya simpan. punyala nak lawan kawan sape bole beli! hahaha..! so sekarang punya la lama suka baru dapat berjumpa dan bergambar.. hehehe.. sukenye! tapi yusry nampak kurus kan? biasala..kuat keje baru abis bikin filem Hikayat Merong Mahawangsa katenye.. tak pe. janji dia datang jugak opis seperti yang di janjikan..heheh


sweetnya kan smile anuar? hmmm..

bergambar bersama beliau

me with anuar zain

haaa..yang ni. siapa lagi kalu tak kenal memang tak minatla tu kan? hahaha..! anuar zain! huuuiihh! sangat baik, peramah melayan kerenah peminatnya, yang penting tak lokek untuk senyum! sangat sweet dia. kulit dia toksah katala kan.. bersih putih hoh!! memang nampak dia menjaga penampilan. saya punyala banyak kali salam dia! kah! kah! rasa nak balut je tangan ni tak bagi sape pegang! kahkahkah! melampau seyyhh!! minat nih! tak pe sanggup punya pasal, saya tinggalkan pejabat kosmo! punyala nak jumpa anuar zain kat utusan. nasib baik masa ni keje saya dah abis. so, bos tak cakap ape la kan? hehehe.. dia ada nyanyi dua buah lagu untuk kami.. sedap tul suara dia. hmmm..tak tidur malam la saya..hehee.. so, gambar pun kira banyak jugaklakan.. hehehe.. sila la jeles kalu nak jeles.. keh! keh! keh!
okla. tu je nak bagitau korang sume. nanti update lagi.

bye! \(^__~)/


note: pada yang tak suka @nyampah takpa. korang punya pasal. masing2 ada hak untuk minat sapa2 kan? hehe.. so, tengok jela ok? peace.. Y(^_~)Y

Monday, March 14, 2011

deeper conversation

night @morib

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And im learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And im learning you

And if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I let my guard down for you
And in time you will too

if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

Deeper Conversation
let me


note: for someone special (^_~)



Sunday, March 13, 2011

kita satu

Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam

Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama

Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya

Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam

Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..

Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku


by Spider


Sunday, March 6, 2011

momen 30

i'm 30's

Tujuh Mac
adalah tarikh lahir saya hari ini!
jadi tahun ni genab saya 30 tahun!
terasa sangat perubahan dalam diri saya
walaupun umur meningkat tetapi saya masih tetap sama
sama yang kawan-kawan kenal
cuma perubahan fizikal dan mental yang berubah..
berubah kerana keadaan sekeliling
tapi saya tak salahkan sesapa kerana perubahan itu
kerana itu lebih mematangkan saya

jadi untuk umur yang ke-30 ni
saya ingin berubah kepada hidup yang lebih baik
baik dari segi keluarga, kewangan, mahu kumpul harta
melakukan perkara yang baik-baik saja

kepada keluarga terutama mak dan papa
terima kasih kerana membesarkan dan mendidik des
sampai ke tahap sekarang dan terus ke hadapan
terima kasih banyak-banyak..
hanya Allah dapat membalas jasamu

kepada kawan-kawan
terima kasih kerana sentiasa berada disisi saya selama ni
walau dalam keadaan susah atau senang
sedih dan gembira
semoga kalian semua sentiasa di rahmati selalu

jadi, dengan rasminya saya berumur 30 tahun!
harap sentiasa sedar diri ok DES!
sentiasa gembira, ceria, tabah dan tenang selalu


note: umur bukannya pengukur. tapi pengalaman dan perubahan hidup yang mematangkan kita. aku sentiasa seperti yang korang kenal. sayang kalian semua!