Thursday, May 5, 2011

suci

mabul island


Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling menyayangi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci

Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling mengasihi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu

Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya

Cinta suci yang telah engkau lafazkan
Jangan lah kau persiakan
Aku mengharapkan kedamaian hati
Bahgia bersama denganmu

Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya

Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia



note: hati yang suci, ikhlas dan jujur... layakkah aku?

Monday, May 2, 2011

caramel latte@breadties


hai. lama tak update bloq ni. taktau nak cite apa. so, kali ni rasa macam tak ada apa nak buat mau update story skit ujung minggu saya kali ini. baru-baru ni saya ke kedai kawan saya. tak salah saya dia baru buka sebulan lebih kot. memang best n nice je kedai dia. lagipn saya dah lama tak jumpa dia. rindu jugak sama gelak dia tu kan?? hahaha! memang senget la kitaorang bila jumpa. gelak sakan! tah ape yang di gelakkan pun kami pn taktau! tapi yang pasti ujung minggu saya mmg sronok n happy.

hmm. kla. ni antara gamba2 kami. buat hal masing2 sampai staff dia pn gelak tgk kami bergambar sakan dlm kedai dia. eh lupa plak nk bagi tau nama kedai kawan saya ni. nama kedai dia BreadTies. lokasi di taman melawati, Kuala Lumpur. jadi kawan2, sudi2 la datang ke kedai roti kawan saya ni ye! for Norazela Hamzah.. hope u sukses ngn bisnes kamu ni ya! luv u!


masa ni baru sampai. beria si zela mau amik gamba ngn BB dia nak masuk FB katenyee!! hahaha


tengok tu. penatla tu sampai nak lentok2..hehe. gee pandang sapa tu haaa..?? ;P


suka gambar ni! ;)


kat kaunter pun nak amik gambar.. ;)


pic @cermin! harus!





tingat kat orang hamburg ye.. ;)


my feveret shot! ;)


me with zela!


okla. stakat ini sahaja persembahan saya. lain kali update lain. taktau cita pe plak. kepada sahabat saya gee carmen, trima kasih temankan saya ye ujung minggu baru2 ni. jalan sana sini cari barang saya..hehe. nanti ngedate lagi ye sama zela jugak. ok kawan2. tata. luv n hugs!



note: saya sayang family, kawan2 saya dan diri saya sendiri.