Saturday, December 24, 2011

balik kampung

salam kawan-kawan. baru2 ni saya balik kampung dan seperti biasala kan.. melakukan rutin harian di kampung macam kawan2 buat kat kampung. tapi, kali ini saya balik kampung nak jadi penama untuk kereta papa saya. *saya bekerja bertahun2 tak jugak beli kete... huhuh* besela orang tua nak merasa pakai kereta. so, ok jela kan.. bukan takde kereta ade je van. tapi yang tu untuk berniaga. konon kereta ni untuk pergi jalan2 atau pun kenduri. kemain lagi kan papa saya? ni semua ikut kawan-kawan niaga dia. semua ada kereta lain. tapi takpela kan.. nak tunggu saya pakai kereta memang lambat ler jawabnya.


inilah kereta waja 1.6 yang duk nak tu.. heheh


dah bawak balik umah dah.. sukanyeh!


pastu, seperti biasa saya tolong papa saya berniaga pulak. kali ni memang saya ambik gambar untuk tatapan kawan-kawan semua. papa saya jual apam balik.. heheh.. punca rezeki keluarga saya. saya pandai buat masa nak niaga je.. resepi semua tak tahu. yang tu semua kena tanya tokey. hehehe..

hmm. okla. takde mende dah nak bitau. so, kita jamu mata tengok gamba pulak ye. nanti update lagi. ok kawan-kawan bai. salam.. :)


meh beli meh.. hehe


apam balik panas..! panas..!


sedia untuk dijual..


ok. siap bawak ke opis. dap ke kawan? hehe..




p/s: apam balik inilah yang bawa saya ke tahap sekarang.. Alhamdulillah.. terima kasih papa dan mak. jasamu dikenang.. ;)




Monday, November 7, 2011

Main Grandstand

hai lama sungguh tak update bloq ni kan? taktau la ada ke yang menantikan cerita hangit dari saya ni.. heheh.. okla. saya nak crita pasal main grandstand ni kan.. bukan apa.. saya dapat tiket ke MotoGP Grand Prix kt Sepang baru2 ni.. terima kasih pada boss yang beri tiket tu kan. so, pe lagi kawan2. jangan la merempit kt jalan raya. pergilah ke litar Sepang tu ye.. walaupun kecik je saya tengok penunggang moto tu.. tapi memang lajuu... best je! okla. taktau nak merepek apa lagi, sila la tengok gamba jela ye.. ;)


ni lah tiketnye.. 'terima kasih..'


bersama shanika dan adik2nya..


Main Grandstand


nampak kecik je kan? tapi.. lajuu...


nak kereta ni bole taaakk?? haih!


Moto ini juga saya maauuu!!



okla. tu je buat masa ni. taktau nak crita pe dah. nanti cerita lagi ye.. ok kawan2.. babaaii...



p/s: kalau ade tiket grand2 ni bagila lagi ye boss... terima kasihh.. ;)


Monday, September 19, 2011

raya lagi 2011

hai selamat hari raya. semoga raya tahun ini ceria buat kalian semua. saya tahun ni memang giliran cuti raya. saya cuti selama seminggu. tapi tahun ni takde gambar raya family coz adik saya yang no.2 tu balik lambat. so, biasa2 saja tapi meriah. sempat jugakla saya tolong mak saya kan orang datang beraya..kalu tak memang mak buat sorang2.. sian mak. hehe

dah lama jugak saya tak bebel coz mayb takde mood kot untuk berkarya lagi pun takde gamba yang menarik. hehehe. okla. saya nk cite skitla.. raya baru2 ni saya beraya ke rumah kawan saya
gee carmen.. hehee. bersama murni cheong n anak2 yg hensem n shanika latisyaz.. yang bestnya gee dapat cuti lama giler! jeles i ok kade! sebab dia cuti lama coz kaki dia patah terpijak batu dan terpelecok! alalaa..sian plak tapi kelakar! hahahaa! masa saya kat kpg dia siap masej saya.. 'kade, i beli kasut but baru kaler putih. mmg stylo la..cantik!' saya pun pelik pe hal la minah ni tetb beli kasut kaler putih?? tak penah2 ok! saya tak puas hati col dia. saya dgr cite dia tergelak aku ok! pe la dia nih! cemn boleh jadi cmtu tah la.. huhuhuhu..

dan saya pun melawat dia pada minggu lepas.. mak dia masak nasi ayam. memang taraf kedai punya! hehehe.. saya makan banyak kali! hahaha..biakan! mak dah tau saya suka makan nasik.. n gee pun paksa2 saya makan. kalu tak paksa pun ngn muka tak malu saya makan jugak! hihii..okla kawan2. ni antara gambar semasa berada di rumah gee carmen.


nasi ayam.. nyummy!


Aaron with mama


Andrian with ummi ika


saya with mak gee


ini bapak mawasi. hehe


ini gee carmen. mesti ade kt cermin punya! hehe


okla kawan2.. tu je nak bitau. kalu ade lagi yang menarik.. *kalau adela.. saya update lagi ye.. hehehe.. bye. take care ya kawan2. ;)


p/s: mood raya still ade lagi dan masih ada lagi jemputan rumah terbuka cuma saya ni susah skit mahu bergerak kerana asik bekerja.. apepun sape2 yang menjemput tu terima kasih kerana masih mengingati saya.. luv u all! muaahh!!

Wednesday, August 10, 2011

Ramadan 2011

1 Ramadan 2011. Suasana The Garden Utusan.


ramadan datang lagi. alhamdulillah tahun ni saya masih lagi berpeluang berpuasa seperti biasa. jadi bulan puasa ni la time saya budjet makan coz di opis sudah ditaja selama sebulan. best kan? dah macam tempat kenduri plak.

so, kami namakan tempat berbuka kami The Garden Utusan. hehehe..tak yah nak pegi jejauh lagi. kalau ada jemputan diluar rasanya tak pegi kot coz susah nak keluar dengan time keje yang tak menentu. berbuka di ofis lagi best coz bersama kawan2. yang bestnya, bole tengok macam kerenah orang! hahaha! pastu saya lah yang paling awal ambik makanan dan yang paling lambat bangun dari tempat duduk! bole?? samalah ngan geng2 kade kan?? okla. mehla tengok skit gambar2 yang sentiasa ada ke mana saja kami pergi.. hehehe ;)



luvly fren! muaah!

9 ramadan 2011. ape saja lah..

luv this pic!

banyaknye makan! haha!




p/s: ok. itu sajalah buat masa ni ye kawan2. Selamat berpuasa. ;)

Tuesday, August 2, 2011

Akhirnya ke Oversea juga aku


yes! saat kritikal saya untuk ke luar negara sudah berakhir. akhirnya saya lepas juga. sebelum ni memanglah rasa was-was je nak buat tempahan tiket kapal terbang. tapi dengan yakinnya saya pergi ke imigresen untuk buat passport dan tanya kepada petugas di situ lepas ke tidak. dengan gembira lepas jugak! so, apa lagi..terbanglah saya. kami berangkat pada 11-13 julai 2011, 3hari 2malam saja cukup. destinasi pertama yang saya pergi mana lagi kalau bukan Bandung, Indonesia. tempat untuk perabih duit! hahah! saya pergi berdua saja dengan kawan ofis, kak yun. dia lah yang tau ke mana arah tuju kami. lagipun kak yun dah banyak kali pergi so, tak susah la kan. just ringan mulut untuk bertanya dah cukup memadai. okla. taktau nak bebel ape. tengok gambar2 la ye.. heheh

muka puas ati dapat lepas ke Bandung..hehe

inilah kak yun. berdua lebih baik! haha!

yeay! dah sampai pun!!

destinasi pertama, sampai je terus perabih duit kat pasar baru! takde tggu2 dah! hahaa

malam, makan Bakso urat! giler sedap!! sampai sekarang saya teringat2! haih!

hari kedua, Cihampelas

cibaduyut. tempat barangan kulit

dalam angkot. saya tertarik tengok muka minah yang duk ujung tu. ada tak macam muka Marshanda?? pelakon sinetron tula.. hahah! tetiba!

comelkan gas ni?? hmm..

dengan cara apa sekali pun tetap usaha mencari rezeki yang halal

pengamen kecil. kesian kan? kita patut bersyukur kerana di negara kita kurang melihat kanak2 seperti ini

breakfast hari ke-3

rumah mode. best! tapi tak puas coz ongkosnya sudah kurang!! huuaarrr!!

ok.. nak balik Malaysia dah. tahun depan ade rezeki saya datang lagi!! yeay!


okla kawan2. lepas ni memang saya akan plan untuk mengembara lagi! sudah ada senarai. tapi nak tunaikan taktau bila. ada rezeki sampai la saya. niat dihati mahu membawa keluarga balik kampung halaman mak dan papa saya di Padang, Indonesia. doa2kanlah saya ye kawan2 supaya murah rezeki dan niat saya ini terlaksana .. Amin.

so, jom kawan2. kita melancong plak!! bole releasekan tension! asik keje je kan?? kumpul duit tau!! ok. jumpa lagi dengan cerita lain plak! bye.




p/s: to kak yun. terima kasih bagi peluang pada saya utk pergi ke bandung. lepas ni kita pergi lagi ye? kalu bole pergi ramai2 plak! hehhe.. rasa tak puas pergi aritu. lepas ni ke destinasi lain plak!! Yok kawan!! ;)

Friday, June 24, 2011

ada apa dengan kamu

hmm..

hampir sebulan jugak aku tak menaip bloq ni. Selain kawan2 yang memahami, di sini la tempat aku nk meluahkan..itu pun kalau perlu. lagipun kalu aku nak bebel pun, kalu best nak baca okla kan? hehe.. okla kawan2.. aku bukan apa. mau meluahkan apa yang aku rasa sekarang.

ada apa dengan kamu...
sudah lama aku tengok, lihat dan memerhati seseorang ni.
tu pun aku curik2 tengok! hahah! hm, sebelum tu kami pernah makan bersama dengan kawan2 aku. makan di tempat yang dia selalu makan. dekat dengan umah katanyee.. masa tu la hati aku tertarik dengan cara dia. taktau la kan kalu memang cara dia layan org cmtu kot.. tapi bagi aku, dia memang istimewa.. tak lama selepas insiden tu, dia yang mula tegur aku dengan bermesej dgn aku. macam2 kami bualkan..tentang masa lampau dia..masa lampau aku. ya, masa tu mmg aku happy la jugak..tapi sayang tak lama. aku mesej, dia diam.. lama. tetiba mesej. aku pun tak tau kenapa dengan dia. jap ada, jap tak ada. aku nak lebih2 kang kata aku ni gatai plak @ tak sedar diri kan? tapi, bagi dia, dia fobia, takut n risau takut orang tak terima diri dia seadanya. aku ingin kenal dia lebih dekat lagi. tapi..tahla. tak kenal maka tak cinta..

ada apa dengan kamu...
penantian aku dah mula rasa bosan. aku mula la rasa macam malas la nak amik port lagi nak tau pasal dia. tapi makin aku nak buang perasaan ni, makin nak tau je pasal dia. heran lah! angau ke aku nih?? haiihh!! sabar dulu.. sapa la aku kalu nak dibandingkan dengan dia. mungkin dia dah ada pilihan hati dia. aku sentiasa jugakla pantau status dia (FB). dari situ jela aku tau apa dia buat. kekadang aku komen, terus diam.. pernah terjadi dia boleh lagi delete status tu?! pelik! hmm, so des. paham2 la ok. ko tu sape? mungkin dia sudah malu dengan cara aku tu @dah rimas! hahaha! sory, aku tak maksud nak buat cmtu pada dia..tapi kadang2 rasa kelakar dengan cara dia. he always confused! tah apa yang dia fikir pn aku taktau. aku nak tegur pn jadi takut. risau macam2 lah! pelik tak??

ada apa dengan kamu...
oklah. aku tak boleh nak citer lebih2 kang dia malu ke apa kan? kawan2 yang rapat saja yang tau. aku dah cite sikit2 ni pun mungkin dah tau kot sape?? hahaha! diam2 ya kawan2. kalu betul dia yang aku duk fikir2 nih jadi milik aku, baru aku umumkan sape tau?? bole?? heheh.. tu pun KALAU!! kalau tak, takpe. simpan saja dalam hati ni sebagai hiasan dan pendam saja. let it be saja lah. takyah gopoh2, kan? hanya mampu berdoa dan tawakal saja. kalu bukan dia, mungkin orang lain untuk aku. Insya Allah.. Amin.

ada apa dengan kamu..
kepada kamu di sana. harap kamu sihat, ceria dan gembira ya! saya disini ok2 saja. tapi kamu mungkin tak amik tau sangat kan pasal saya? kerana saya masih ingat, banyak benda dan masalah yang perlu disetelkan tapi tak setel2 jgk masalah yang awak fikir, kan? so, saya cuba untuk memahami keadaan itu. it's ok. saya hanya pantau awak dari jauh saja. ok kot mcm tu? yang tu saja yang buat saya bahagia. kalu awak rasa rimas, ok saya undur diri tak perlu curik2 tengok kamu lagi.. kalu itu yang kamu mahu..

pesanan saya pada kamu, 'tak perlu kamu menoleh dan memandang insan yang telah menyakitimu, meskipun kesunyian kerana berseorangan, sematkan dalam hati, pasti ada yang akan mencintaimu dan membawa kamu pergi dari kedukaan..' tak perlu takut untuk mencuba bercinta dan dicintai lagi. berilah peluang pada hati kamu.. saya sentiasa doakan kebahagiaan kamu.. moga kamu akan ketemu insan yang kamu cari2 selama ini.. Insya Allah..



p/s: aku masih simpan lagi mesej2 dia mula2 dia mesej aku.. dan yang paling aku suka.. 'Tuhan dah jadikan saya macam ni.. 'Binatang Malam' dan 'kalau awak memahami saya, saya rasa senang..'



Thursday, May 5, 2011

suci

mabul island


Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling menyayangi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci

Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling mengasihi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu

Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya

Cinta suci yang telah engkau lafazkan
Jangan lah kau persiakan
Aku mengharapkan kedamaian hati
Bahgia bersama denganmu

Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya

Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia



note: hati yang suci, ikhlas dan jujur... layakkah aku?

Monday, May 2, 2011

caramel latte@breadties


hai. lama tak update bloq ni. taktau nak cite apa. so, kali ni rasa macam tak ada apa nak buat mau update story skit ujung minggu saya kali ini. baru-baru ni saya ke kedai kawan saya. tak salah saya dia baru buka sebulan lebih kot. memang best n nice je kedai dia. lagipn saya dah lama tak jumpa dia. rindu jugak sama gelak dia tu kan?? hahaha! memang senget la kitaorang bila jumpa. gelak sakan! tah ape yang di gelakkan pun kami pn taktau! tapi yang pasti ujung minggu saya mmg sronok n happy.

hmm. kla. ni antara gamba2 kami. buat hal masing2 sampai staff dia pn gelak tgk kami bergambar sakan dlm kedai dia. eh lupa plak nk bagi tau nama kedai kawan saya ni. nama kedai dia BreadTies. lokasi di taman melawati, Kuala Lumpur. jadi kawan2, sudi2 la datang ke kedai roti kawan saya ni ye! for Norazela Hamzah.. hope u sukses ngn bisnes kamu ni ya! luv u!


masa ni baru sampai. beria si zela mau amik gamba ngn BB dia nak masuk FB katenyee!! hahaha


tengok tu. penatla tu sampai nak lentok2..hehe. gee pandang sapa tu haaa..?? ;P


suka gambar ni! ;)


kat kaunter pun nak amik gambar.. ;)


pic @cermin! harus!





tingat kat orang hamburg ye.. ;)


my feveret shot! ;)


me with zela!


okla. stakat ini sahaja persembahan saya. lain kali update lain. taktau cita pe plak. kepada sahabat saya gee carmen, trima kasih temankan saya ye ujung minggu baru2 ni. jalan sana sini cari barang saya..hehe. nanti ngedate lagi ye sama zela jugak. ok kawan2. tata. luv n hugs!



note: saya sayang family, kawan2 saya dan diri saya sendiri.





Tuesday, April 19, 2011

mencari cinta abadi

Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa

Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Tempat mengadu hanya Ilahi

Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi

Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa..

nukilan: puisi cinta


note: puisi ini ada kena2 ngn saya. nak buat ayat tak brapa pandai. so, saya pinjam la puisi ni. tq. ;)


Thursday, March 24, 2011

awak saya sayang

awak
satu panggilan untuk seseorang

ini mungkin panggilan permulaan

permulaan untuk lebih mengenali hati masing-masing

saya

ya, mesra jugak dipanggil diri begitu

walaupun biasa tapi cukup untuk membahagiakan hati

pengubat dan melembutkan hati kala terasa sakit


sayang
panggilan peringkat kedua, mungkin

panggilan ini adalah selepas beberapa lama kenal

sudah tau hati masing-masing macam mana

kata orang boleh terima pendapat,

kekurangan dan kelebihan diri

masa ini sudah banyak perkara dibualkan

boleh bawa berbincang ke tengah, ke tepi


jadi
apapun panggilan yang kalian rasa selesa

semuanya terletak pada hati kita

dari hati yang ikhlas kita rasa

dihormati, disayangi, dicintai dan dihargai

semuanya bergantung pada setiap hubungan yang tulus


saya
sekarang ini saya mengalami panggilan begini
sudah lama rasanya tak rasa begini

rasa dihormati, disayangi, dicintai dan dihargai

walau apapun saya masih dalam mengenali hati budi

dalam keadaan berhati-hati juga


awak,
saya tahu awak memang baik
terhadap saya buat masa sekarang

sentiasa ambil berat atau tahu pasal saya

terima kasih kerana sudi mengenali diri seadanya

tapi, apapun saya harap
awak sentiasa sabar dan faham
akan saya
kerana apapun yang saya lakukan terhadap awak
buat masa sekarang atau akan datang

saya ikhlas melakukannya.. tak minta untuk dibalas

saya lakukan mengikut gerak hati saya
kalau awak tak suka, tolong ingatkan saya

supaya saya boleh perbaiki

perbaiki ke arah kebaikan

doakan hubungan ini akan lancar dan baik-baik saja

semoga Tuhan mengizinkan hubungan ini..Insya Allah


note: Kita hanya insan yang selalu mengharapkan.. suatu yang indah dalam percintaan dan Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku, apa adanya..


Tuesday, March 15, 2011

yusry dan anuar zain

masa ditemuramah

me with yusry

ini yusry. saya memang minat dia dari zaman sekolah dulu. yusry adalah salah seorang yang saya suka@minat dari group trio KRU, norman, yusry dan edry. tiga adik-beradik ni memang saya minat. kawan-kawan sekolah saya pun tau saya punyala berebut nak beli poster ke, kaset ke kan. ape lagi, duit poket la yang saya simpan. punyala nak lawan kawan sape bole beli! hahaha..! so sekarang punya la lama suka baru dapat berjumpa dan bergambar.. hehehe.. sukenye! tapi yusry nampak kurus kan? biasala..kuat keje baru abis bikin filem Hikayat Merong Mahawangsa katenye.. tak pe. janji dia datang jugak opis seperti yang di janjikan..heheh


sweetnya kan smile anuar? hmmm..

bergambar bersama beliau

me with anuar zain

haaa..yang ni. siapa lagi kalu tak kenal memang tak minatla tu kan? hahaha..! anuar zain! huuuiihh! sangat baik, peramah melayan kerenah peminatnya, yang penting tak lokek untuk senyum! sangat sweet dia. kulit dia toksah katala kan.. bersih putih hoh!! memang nampak dia menjaga penampilan. saya punyala banyak kali salam dia! kah! kah! rasa nak balut je tangan ni tak bagi sape pegang! kahkahkah! melampau seyyhh!! minat nih! tak pe sanggup punya pasal, saya tinggalkan pejabat kosmo! punyala nak jumpa anuar zain kat utusan. nasib baik masa ni keje saya dah abis. so, bos tak cakap ape la kan? hehehe.. dia ada nyanyi dua buah lagu untuk kami.. sedap tul suara dia. hmmm..tak tidur malam la saya..hehee.. so, gambar pun kira banyak jugaklakan.. hehehe.. sila la jeles kalu nak jeles.. keh! keh! keh!
okla. tu je nak bagitau korang sume. nanti update lagi.

bye! \(^__~)/


note: pada yang tak suka @nyampah takpa. korang punya pasal. masing2 ada hak untuk minat sapa2 kan? hehe.. so, tengok jela ok? peace.. Y(^_~)Y