Friday, October 29, 2010

marah dan geram

hari ini saya call mak saya. memang macam-macam cerita yang saya dengar dari mak. mak memang macam tu. bila call je mesti cerita yang meleret-leret punya. mak, sabar ye mak..hehe. pepun saya suka dengar cerita mak yang dari hal family sampai la hal luar family..jiran la..sedara la..macam-macam.

tapi cerita yang saya dengar ni memang buatkan mak dan papa masih marah dan geram. mak dan papa saya berniaga di pasar malam. sekarang peniaga di pasar malam sudah bertanyakan pasal saya pada mak. mak cik jual kopok lekor, pasembur, jual air, lauk..semua yang dekat2 tanya. yela..tanya dah berapa cucu, nape diam je? lama tak jumpa des? macam2 la.

dengan hati yang berat dan rasa geram serta marah, mak pun cerita pada mak cik2 tu semua pasal saya. kisah hidup saya. semua terkejut dan berasa simpati. mak pun tak boleh nak kata apa kerana itu adalah takdir dan nasib yang harus saya terima. mungkin ada hikmat disebalik kejadian. tapi bagi saya, mak dan papa memang masih marah lagi pada orang yang sudah hancurkan hati dan hidup saya. mana taknya.. bersusah payah dan bertungkus lumus nak menyatukan saya dengan 'dia'. tapi dia tidak menghargai langsung apa yang telah diusahakan. tapi tak apa lah kerana itu adalah sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang membuatkan kita lebih matang dalam apa jua masalah.

kesabaran, keihklasan, kasih sayang dan cinta mak dan papa, saudara mara serta tak lupa juga pada kawan2 yang banyak membantu... akan saya kenang dan tak akan dilupakan. buat masa ini saya sangat gembira dan bahagia bersama insan-insan yang selama ini ada disekeliling saya sama ada susah atau senang. insan-insan ini saya sentiasa doakan agar mereka sentiasa sihat, panjang umur dan gembira dengan kehidupan yang sederhana. mempunyai mereka semua takkan ada di mana2. tiada penggantinya. saya hargai sangat2! apapun kehidupan harus diteruskan kerana masih banyak lagi yang perlu kita hadapi dengan penuh kesabaran.

so kawan-kawan. kita hargailah kehidupan kita dengan penuh kasih sayang, hormat-menghormati, sabar dan yang penting mohon pada yang Maha Esa supaya kita diberi petunjuk dan jalan yang di redhai. hargailah diri kita dan insan-insan yang sayangkan kita.

lastly, sayang sangat ngan mak, papa, adik2, sedara semua dan sahabat2 yang banyak membantu. love u guys very much! hugs!! xoxo

Monday, October 25, 2010

Tapi bukan Aku

Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
Karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma

Sebab rasa ku t'lah mati untuk menyadarinya
Semoga saja kan kau dapati
Hati yg tulus mencintaimu
Tapi bukan aku

by Kerispatih

Wednesday, October 20, 2010

C R Y


I have seen peace. I have seen pain,
Resting on the shoulders of your name.
Do you see the truth through all their lies?
Do you see the world through troubled eyes?
And if you want to talk about it anymore,
Lie here on the floor and cry on my shoulder,
I'm a friend.

I have seen birth. I have seen death.
Lived to see a lover's final breath.
Do you see my guilt? Should I feel fright?
Is the fire of hesitation burning bright?
And if you want to talk about it once again,
On you I depend. I'll cry on your shoulder.
You're a friend.

You and I have lived through many things.
I'll hold on to your heart.
I wouldn't cry for anything,
But don't go tearing your life apart.

I have seen fear. I have seen faith.
Seen the look of anger on your face.
And if you want to talk about what will be,
Come and sit with me, and cry on my shoulder,
I'm a friend.
And if you want to talk about it anymore,
Lie here on the floor and cry on my shoulder,
I'm a friend.

Saturday, October 16, 2010

L O V E


LOVE grows by giving.
The
LOVE we give away is the only LOVE we keep.
The only way to retain
LOVE is to give it away..


Thursday, October 14, 2010

pengubat hati

pengubat hati? siapa ya yang jadi pengubat hati saya? yela.. selama saya rasa sakit hati, gembira, suka dan duka? adakah kamu? tidak! dah semestinya sahabat saya.. GEE dan MURNI. tanpa kalian mungkin saya tak boleh nak hadapi semuanya.. dan yang pasti baru-baru ni.. lagi buat hati saya tenang.. anak angkat saya.. AARON AHMAD (ayon). Sangat senang hati dan hilang segala masalah. mereka semua adalah buah hati pengerang jantung saya! (hehehe! agak melampau tak??) baru-baru ni, mereka bertandang ke rumah saya. dah lama plan mau berjimba-jimba! akhirnya terlaksana juga. walaupun mama muni dalam keadaan berbadan dua! heheh..tak apa katanye kerana suami out station! (amboii! amik kesempatan di situ ye??)

dan bermula la plan yang dinanti2kan. sangat suka dan teruja ok! nak plak si kecil ayon tu..bukan main lagi dia ye! sebelum ambik mummy gee, saya bergambar dulu dengan ayon. saya kacau dia tengah minum tutu.. tak apa..ayon tak kisah kan sayang? duk umah ibu best tak? luas je kan nak merangkak? hehehe..

tengokla tu ayon.. sian dia kene kacau dengan ibu..hehe

so, lepas dah siap.. kami makan dulu. yela.. sian mama ayon tak makan lagi. saya pun dah kelaparan dah!! huuaarr!! so makan kat Hometown Yong Tau Fu kat ampang. dah lama nak makan tu akhirnya pergi jugak. hehehe!

lepas makan pe lagi..berjimba2 la! di mana?? KLCC laaa!! hahah..sangat best sampai mama muni pun tak puas coz gambar cantik2! ekekeke! memang tak boleh lepas dari camera! hahah! ok.. saya mau tunjuk gambar2nya.. tengok2 la ye..

mama muni

ibu dessy

mummy gee

haaa..ni baru gambar sebahagian ok! ekeke! tapi bagi saya..memang best dan seronok sangat. menjaga ayon sangat senang. dia tak menangis pun. nangis nak susu je. cilik mata je sengeh2 teruja! suka tul bila bawak jalan2 diam je..pandai dan baik je anak ibu ni kan? hehe.. sampai rumah je terus tido..penat la tu. yela, melayan kerenah mama, ibu dan mummy dia. hehe.. tak pe..bukan slalu pun kan sayang? nanti datang lagi ye?

ayon tengok pe tu sayang? geram!

aaaaaa... nganga jee..

haa.. nak ke mana tu?

tu dia.. penat tul. hehe!

pengalaman menjaga ayon sangat best. saya dapat tengok cemn mama muni terjaga malam masa ayon nak susu. dengan mata yang ngantuk dan sepet tu.. kene bangun nak tido kan ayon balik.. dahla dengan mengandung lagi.. sian mama.. penat nampaknye.. pastu dahla baru lepas makan malam plak bersama hamzah dengan lauk yang best dan puas hati sangat! yang bestnya makan resepi harimau menangis tu! memang menangis siot! yang pasti saya makan bertambah2 dan tambah lauk lagi! hehehe! saya nak repeat lagi la! thanks to hamzah! nanti kitaorang plak yang blanja kamu ya??

pepn yang pasti, saya sudah ada sedikit pengalaman menjaga baby.. (tengok je kerana ayon mau dengan mama dia je kalu nangis..huhuh) tah bila plak kan saya mau jadi seperti mama muni kan? harap saya akan jumpa destinasi saya bersama insan yang sudi susah senang suka duka bersama saya. terima saya seadanya.. di kurniakan cahaya mata yang comel2 macam ayon ni! hehehe..! terima kasih pada muni dan gee kerana sudi datang bertandang ke rumah saya selama 2 hari 1 malam. walaupun macam ala2 jela kan kat rumah saya tu..hehe! nanti lepak lagi ya kade2 kude! lepas ni mau ke mana plak kita?? hehehe! okla. stakat ni saja. bye!

saya, ayon dan mama muni

mummy gee, ayon dan mama muni


Tanpa Dendam Di Hati

Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati

By: Siti Nurhaliza
Album: Transkripsi Siti Nurhaliza

Friday, October 8, 2010

bukan milikku

hati saya dilukai lagi
dengan tidak sengaja atau sengaja
saya tak pasti
sama ada perlu teruskan atau tidak
tapi memang, saya tetap takkan teruskan
kerana dia bukan milik saya
kerana dia milik kekal wanita lain

sekarang saya perlu kuat
meneruskan perjalanan saya lagi
mencari destinasi yang pasti buat saya
yang sudi menerima diri saya seadanya
yang ikhlas dengan saya
tak apa..
saya tetap akan teruskan
teruskan menjalani hidup yang penuh dengan dugaan
apa yang berlaku membuatkan saya lebih mengenal erti kehidupan
mematangkan lagi tentang kehidupan

kepada kamu..
terima kasih kerana beri peluang kepada saya
singgah menumpang di hati kamu
walaupun sekejap..
tetapi kenangan itu
akan tetap kekal dan amat terindah buat saya
saya akan simpan
di dalam benak fikiran dan hati saya
maafkan saya jika saya mengundur diri dangan cara begini
ya! dengan cara yang drastik..
tak perlu ada hubungan apa-apa lagi
kerana saya tidak mahu menyakiti hati sesiapa

terima kasih dan maafkan saya..