Friday, June 24, 2011

ada apa dengan kamu

hmm..

hampir sebulan jugak aku tak menaip bloq ni. Selain kawan2 yang memahami, di sini la tempat aku nk meluahkan..itu pun kalau perlu. lagipun kalu aku nak bebel pun, kalu best nak baca okla kan? hehe.. okla kawan2.. aku bukan apa. mau meluahkan apa yang aku rasa sekarang.

ada apa dengan kamu...
sudah lama aku tengok, lihat dan memerhati seseorang ni.
tu pun aku curik2 tengok! hahah! hm, sebelum tu kami pernah makan bersama dengan kawan2 aku. makan di tempat yang dia selalu makan. dekat dengan umah katanyee.. masa tu la hati aku tertarik dengan cara dia. taktau la kan kalu memang cara dia layan org cmtu kot.. tapi bagi aku, dia memang istimewa.. tak lama selepas insiden tu, dia yang mula tegur aku dengan bermesej dgn aku. macam2 kami bualkan..tentang masa lampau dia..masa lampau aku. ya, masa tu mmg aku happy la jugak..tapi sayang tak lama. aku mesej, dia diam.. lama. tetiba mesej. aku pun tak tau kenapa dengan dia. jap ada, jap tak ada. aku nak lebih2 kang kata aku ni gatai plak @ tak sedar diri kan? tapi, bagi dia, dia fobia, takut n risau takut orang tak terima diri dia seadanya. aku ingin kenal dia lebih dekat lagi. tapi..tahla. tak kenal maka tak cinta..

ada apa dengan kamu...
penantian aku dah mula rasa bosan. aku mula la rasa macam malas la nak amik port lagi nak tau pasal dia. tapi makin aku nak buang perasaan ni, makin nak tau je pasal dia. heran lah! angau ke aku nih?? haiihh!! sabar dulu.. sapa la aku kalu nak dibandingkan dengan dia. mungkin dia dah ada pilihan hati dia. aku sentiasa jugakla pantau status dia (FB). dari situ jela aku tau apa dia buat. kekadang aku komen, terus diam.. pernah terjadi dia boleh lagi delete status tu?! pelik! hmm, so des. paham2 la ok. ko tu sape? mungkin dia sudah malu dengan cara aku tu @dah rimas! hahaha! sory, aku tak maksud nak buat cmtu pada dia..tapi kadang2 rasa kelakar dengan cara dia. he always confused! tah apa yang dia fikir pn aku taktau. aku nak tegur pn jadi takut. risau macam2 lah! pelik tak??

ada apa dengan kamu...
oklah. aku tak boleh nak citer lebih2 kang dia malu ke apa kan? kawan2 yang rapat saja yang tau. aku dah cite sikit2 ni pun mungkin dah tau kot sape?? hahaha! diam2 ya kawan2. kalu betul dia yang aku duk fikir2 nih jadi milik aku, baru aku umumkan sape tau?? bole?? heheh.. tu pun KALAU!! kalau tak, takpe. simpan saja dalam hati ni sebagai hiasan dan pendam saja. let it be saja lah. takyah gopoh2, kan? hanya mampu berdoa dan tawakal saja. kalu bukan dia, mungkin orang lain untuk aku. Insya Allah.. Amin.

ada apa dengan kamu..
kepada kamu di sana. harap kamu sihat, ceria dan gembira ya! saya disini ok2 saja. tapi kamu mungkin tak amik tau sangat kan pasal saya? kerana saya masih ingat, banyak benda dan masalah yang perlu disetelkan tapi tak setel2 jgk masalah yang awak fikir, kan? so, saya cuba untuk memahami keadaan itu. it's ok. saya hanya pantau awak dari jauh saja. ok kot mcm tu? yang tu saja yang buat saya bahagia. kalu awak rasa rimas, ok saya undur diri tak perlu curik2 tengok kamu lagi.. kalu itu yang kamu mahu..

pesanan saya pada kamu, 'tak perlu kamu menoleh dan memandang insan yang telah menyakitimu, meskipun kesunyian kerana berseorangan, sematkan dalam hati, pasti ada yang akan mencintaimu dan membawa kamu pergi dari kedukaan..' tak perlu takut untuk mencuba bercinta dan dicintai lagi. berilah peluang pada hati kamu.. saya sentiasa doakan kebahagiaan kamu.. moga kamu akan ketemu insan yang kamu cari2 selama ini.. Insya Allah..



p/s: aku masih simpan lagi mesej2 dia mula2 dia mesej aku.. dan yang paling aku suka.. 'Tuhan dah jadikan saya macam ni.. 'Binatang Malam' dan 'kalau awak memahami saya, saya rasa senang..'



2 comments:

  1. gitu-lah-kan! x bg tau i pon huh!

    ReplyDelete
  2. hahahha! mana leh bitau kade..
    kan i citer tu tggu kompem br on laa..
    tapi rsnya tak kot.. tak jadi laa..

    huhuu..

    ReplyDelete