Friday, October 29, 2010

marah dan geram

hari ini saya call mak saya. memang macam-macam cerita yang saya dengar dari mak. mak memang macam tu. bila call je mesti cerita yang meleret-leret punya. mak, sabar ye mak..hehe. pepun saya suka dengar cerita mak yang dari hal family sampai la hal luar family..jiran la..sedara la..macam-macam.

tapi cerita yang saya dengar ni memang buatkan mak dan papa masih marah dan geram. mak dan papa saya berniaga di pasar malam. sekarang peniaga di pasar malam sudah bertanyakan pasal saya pada mak. mak cik jual kopok lekor, pasembur, jual air, lauk..semua yang dekat2 tanya. yela..tanya dah berapa cucu, nape diam je? lama tak jumpa des? macam2 la.

dengan hati yang berat dan rasa geram serta marah, mak pun cerita pada mak cik2 tu semua pasal saya. kisah hidup saya. semua terkejut dan berasa simpati. mak pun tak boleh nak kata apa kerana itu adalah takdir dan nasib yang harus saya terima. mungkin ada hikmat disebalik kejadian. tapi bagi saya, mak dan papa memang masih marah lagi pada orang yang sudah hancurkan hati dan hidup saya. mana taknya.. bersusah payah dan bertungkus lumus nak menyatukan saya dengan 'dia'. tapi dia tidak menghargai langsung apa yang telah diusahakan. tapi tak apa lah kerana itu adalah sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang membuatkan kita lebih matang dalam apa jua masalah.

kesabaran, keihklasan, kasih sayang dan cinta mak dan papa, saudara mara serta tak lupa juga pada kawan2 yang banyak membantu... akan saya kenang dan tak akan dilupakan. buat masa ini saya sangat gembira dan bahagia bersama insan-insan yang selama ini ada disekeliling saya sama ada susah atau senang. insan-insan ini saya sentiasa doakan agar mereka sentiasa sihat, panjang umur dan gembira dengan kehidupan yang sederhana. mempunyai mereka semua takkan ada di mana2. tiada penggantinya. saya hargai sangat2! apapun kehidupan harus diteruskan kerana masih banyak lagi yang perlu kita hadapi dengan penuh kesabaran.

so kawan-kawan. kita hargailah kehidupan kita dengan penuh kasih sayang, hormat-menghormati, sabar dan yang penting mohon pada yang Maha Esa supaya kita diberi petunjuk dan jalan yang di redhai. hargailah diri kita dan insan-insan yang sayangkan kita.

lastly, sayang sangat ngan mak, papa, adik2, sedara semua dan sahabat2 yang banyak membantu. love u guys very much! hugs!! xoxo

4 comments:

  1. kisahnya tergantung... masih belum pasti apa yang digeramkan dan marah.

    ceritalah...

    ReplyDelete
  2. kisah ni lom abis coz blom bersedia mau cite yg selanjutnya. hope sabar ye.. ;)

    ReplyDelete